Thursday, April 29, 2010

heh.

Semalam hari sukan IPG kami. Aku dengan budak2 junior tesl lain, jadi pemukul kompang. Lenguh gila tangan pukul kompang. Lame pulak tu. Aku rasa kalau 4 tahun tolak tambah aku dok pukul kompang tu je, kalau setakat sape2 yang carik gaduh dengan aku nanti, aku lempang mesti teros pengsan. Okay, tipu.

Aku daripada dulu memang badi kot? Asyik dapat rumah hijau je. Pendekar kata nama lainnya. Mak aih, mata rumah pendekar, last aku tengok, 56. mata rumah lain macam panglima, pahlawan, tah ape pang lagi satu tu, dah 100 lebih. Memang dapat nombor 1 tambah 3 lah. Tapi, at least aku masih setia bagi sokongan weh. Walaupun hampir setiap acara memang rumah pendekar mesti nombor 4. tadi time last bagi2 hadiah semua, pendekar dapat satu je hadiah. Perbarisan kot? Aku pun tak dengar sangat. Aku duduk belakang time tu.

Dan, hari sukan berlalu macam tu je. thats all. Tade ape menarik lain dah.





heh.