Benda paling penting sehari harian yang memang aku perlu bawak ke mana sahaja dan aku anggap macam penggerak aku ialah earphone dan handphone. Kalau ade earphone takde handphone pun tak boleh jugak. Nak dengar mp3 macam mana
Bukan ape, dah ramai dah cakap taste lagu aku tah pape. Aku pun pelik, sampai lagu lagu kat handphone aku pun dikritiknya. Erk, brother, wa musykillah, ni handphone wa ke lu ni? Suka hati masing masinglah nak letak lagu ape
Pernah dulu time naik bas balik kampung, malam pulak tu kan. Mamat sebelah seat aku ni, dok bantai bukak lagu evenescence lah, ape lah. Okay, aku tak kisah lagu ape pun die nak bukak. Tapi, agak agak lah dahlah dalam bas, malam pulak tu. Budak tingkatan satu pun tau, orang nak tido bukan dengar lagu kau okay bila dah malam macam tu. aku tau mamat tu urban, lagu, taknak kalah, lagu omputih je bukak. Heh. Memang annoying. Macam nak bagi selipar je time tu. Segala bahasa carutan dah bersedia dalam hati ni. Nasib baik je aku tak berani sound. eheh.