tadi dalam pukul 4 petang kot? aku dah siap2 tutup laptop nak tido. memang time tido kan tu. pastu, dah elok aku baring atas katil, henfon puLAK berbunyik. memang kacau. tapi, bila tengok nama, Lala Land. aku teros angkat.
lala : oi, kau kedekut eh. bukan nak call aku ke ape. senyap je!
aku : ala, aku bukan ape. kau kan dah start keje skang. nanti aku call kau tengah sibuk. malas ah.
dan terus bersambung perbualan kami. aku malas nak tulis.

lala sengal sebelah kanan.
lala tengah kerja kat pizza hut jusco bukit raja, klang... kot? aku tak ingat. baru 3 hari. mesti ramai budak2 matrik sedang bekerja kan sekarang?
woh, teringat time kerja pizza hut dulu time spm kat jusco tebrau. serius best. amik order salah memang banyak kali sampai ade sorang budak lelaki ni, rakan sekerja aku gak macam nak marah aku je time tu. ade sekali aku nangis sorang2 sebab time tu kene jadik ape tah namanye, tugasnya ialah hantar makanan. memang penat. orang tak putus2 datang lagi time weekend. aku rasa macam nak lari balik rumah je time tu. bile ingat balik, serius macam bodo aku nangis sebab kene hantar makanan banyak sangat. banyak sangat pengalaman kat situ even 1 bulan je kerja.
Time nak mintak kerja tu, pka, member baik aku time sekolah, message ajak carik kerja pasal die dah abes plkn. kebetulan aku pun memang jadik penganggur kehormat sejak beberapa bulan sebelumnya. habiskan beras mak aku je. so, aku on. carik kerja, tak nak kalah, jusco tebrau je time tu. satu jusco, sampai tempat wayang lah, kedai2 kecik, kedai hinode semua kitorang tanya, semua tak de. semua nak permanent worker. last2, pka ajak try kat kedai makan. then, try kat pizza hut. teros manager die interview. tah ape pastu, teros dapat kerja. tapi, kene g injection dulu lah, ape lah semua. start kalau tak silap, 1 April 2009.
1st day, jadik buzzer (betul ke eja?) kene kutip semua segala pinggan mangkuk pelanggan yang dorang dah abes guna. aku tak suka jadik ni. penat. kene round carik table customer yang ade pinggan yang dorang tak gune dah. pastu, dah kutip kene letak kat tempat basuh die. serius, banyak kali gak pinggan aku letak pecah. sudu garpu tak payah cakap, banyak kali aku terbuang sekali dalam tong sampah. (sorry miss!) 1st dengan 2nd day kitorang kene pakai baju putih pastu bile dapat baju yang betul, peh, memang aku bangga ah. aku iron sharp tu sampai tahap kalau kau rasa kat hujung lengan tu dengan tangan silap hari bulan, tangan kau boleh terluka kerana terlalu tajam aku iron.
pastu, kat situ ramai gak kawan. sama2 umur. ade gak yang bawah umur aku kerja part time. time weekend je. sebab weekend memang perlukan banyak pekerja. pastu, dah agak lame kerja, jusco pun dah jadi macam tempat jejak kasih. aku jumpe ramai gila kawan2 sekolah rendah, menengah semua. memang best. pergi mana2 je, hoi hey hai bye kat member2 budget macam rockstar. sampai jumpe budak yang aku suka time darjah 6 dulu. haha time tu, aku macam pikir, eh, jodoh ke? siap tukar2 nombor phone. memang sengal bila ingat.
aku paling suka kalau kerja shift siang sebab kalau malam time tutup tu, kene mop lah, susun sos lah, lap2 sana sini, susun kerusi meja. bla bla bla. sangat leceh. aku tak suka.
pastu, sekarang, aku tak dengar cite pun pasal rakan2 sekerja aku. pergi pizza pun kadang2. malu konon2. nanti lah, kalau pergi, aku ajak pka sekali. makcik ni banyak mulut sikit, tak lah segan sangat nanti. plus, setelah beberapa lama aku tengok, dah ramai sangat budak2 baru. miss dengan sir baru pun ade beru kot? tak perasan sangat.
ingat nak letak gambar aku time pizza dulu dengan pka tapi takde pulak. lupe, kat laptop bapak aku bukan laptop aku.