Tuesday, May 4, 2010

tujuan

baru lepas bukak blog bakal bakal cikgu maktab aku.
rasa malu pulak blog aku macam takde ape faedah pun. blog dorang bahasa bagus, berfaedah jugak lah isi nya.
blog aku? heh

tujuan aku buat blog? supaya aku boleh rewind balek ape aku rasa, lalui, nampak, cerita sedih, kelakar, sakit hati yang jadi. semua ni pengalaman. bukan mencapub tak tentu hala bagi orang baca blog aku. orang tak baca pun takpe. orang tak kenal blog aku lagi bagus sebenarnya.

mana tahu aku akan ketawa guling guling tak ingat dunia sampai senak perut keluar air mata baca betapa bodo dan tak matangnya aku dulu?
atau mengimbau kenangan dengan kawan kawan, keluarga, orang yang aku suka dan sape sape lah lagi yang terlibat?

aku buat blog bukan bertujuan nak bagi maklumat berguna bla bla bla untuk manusia sejagat pun sebenarnya macam sesetengah orang lain. ini untuk aku. kenangan dan pengalaman sendiri untuk aku sendiri ingat :)
aku tak nak lupa semuanya kalau boleh.

heh