okay. aku pun taktau kene pindah bilik tak sem depan ni. tehehe saje over berdebar sorang sorang. aku harap tak pindah lah. aku dah sayang plus selesa dengan roomate aku (roomate, kalau kau baca, sila bangga barang sesaat dua). plus, geng geng aku ramai kat blok aku. best woh.
walaupun meja study aku para cicak ingat jamban dorang nak berak mana mana je dorang suka, aku tetap suka jugak meja study. lagipun bilik aku aras bawah so nak pegi mana senang. ye, dasar gemuk pemalas nak gerak jauh jauh. lagipun, blok aku da kira sangat selamat lepas tu tenang je. takde sape nak kacau. lagipun, aku rasa aku dengan roomate aku, takdelah bising mana aku rasa. takde sape sound suruh senyap lagi setakat ni. setakat yang aku tau lah. yang simpan dalam hati nak suruh kitorang senyap tapi tak cakap dengan kitorang suruh senyap, aku taktau la.
tengok? betapa aku sayang bilik aku? tak nampak lagi? okay.

walaupun bilik kitorang ada anai anai dekat locker. kitorang masih tabah hadapi ujian ni. sebagai langkah awal, kitorang beli ubat nak bunuh binatang ni. da buat aduan tapi takde ape tindakan. okay, tabah lagi.
tapi yelah. mungkin sebab dah dua sem duduk bilik sama dengan orang yang sama. aku rasa macam tak selesa nak pindah. tapi, aku pun taktau pindah ke tak lah. saje buat gosip sendiri.
so, kesimpulan aku pada entry ni, aku memang over. berdebar konon padahal sendiri taktau betul ke tak pindah bilik. okay, bye.