Tuesday, June 1, 2010

menjadi gila selepas digilakan

aku dapat tahu markah assignment akan ditolak sape sape yang tak pergi sign borang markah kat lecturer hari ni. okay, terima kasih. tahniah pada diri sendiri! aku salah sorang yang bakal dipotong markah. terima kasih. saya rasa sangat terharu.

aku masih ingat pada hari tragedi, dimana kami dibagitahu last minute sertakan sekali
dalam assignment tah-ape-segala-benda-yang-boleh-bikin-orang-GILA kepada kami. sudah lah banyak. semua jadi kelam kabut. benda macam ni boleh bikin gaduh. oleh itu, pada hari kejadian, hati dan mulut aku bekerjasama melontarkan kata kata carutan. maaf pada sesiapa yang mendengar. entah kenapa bibir mulus aku lancar sahaja mengeluarkan bahasa carutan tersebut tetapi masih, tangan bergerak membuat kerja yang disuruh.

tiba tiba, sebab tak sign satu borang permarkahan, sebab balik awal cuti sem (abes da takde kelas. nak stay lagi buat apa?), markah kami pun ditolak 20-30% tanpa mengira penat lelah kami apabila disuruh letak tah-ape-segala-benda-yang-boleh-bikin-orang-GILA last minute dan banyak.

ya, terima kasih dari saya. terima kasih.


p/s : okay, mungkin tak matang langsung post entry tak puas hati macam ni. so what? tehehe