Tuesday, June 8, 2010

mood macam ni harus disemai setiap masa walau apa pun terjadi

Tu hari mak aku masak bubur nasi sama kuah asam pedas, ikan bilis goreng dan telur masin. Sedap die aku cakap best gila. Aku makan tak toleh kiri kanan, tangan kanan pegang sudu sambil makan, tangan kiri tunjuk thumbs up kat mak tanpa henti. Ni makanan paling paling paling kegemaran aku ni. Tapi, yang mak aku masak jelah. Superb dohh! Silap silap chef wan pun boleh menangis terharu mintak resepi mak aku. Bermangkuk mangkuk aku makan tak ingat dunia sampai licin periuk sampai kalau ade sisa sisa meleleh sikit je kat dinding periuk aku nak jilat. Okay, tipu.Gila heaven dapat makan ni hari hari pun aku tak kesah sebab ni makanan paling aku suka.

gambar google bukan aku punya
tak sama pun tapi bubur jugak kan

Tapi, adik adik aku jeles, dorang marah bila mak tanya ”okay, hari ni nak makan ape?” aku dengan pantas sepantas kelajuan cahaya pun mambalas, ” bubur nasik!!!” abes, dah makanan kegemaran aku. makan setiap satu jam pun aku tak kesah. Adik adik aku cakap, bosan ah. Asyik bubur je kau ni. Takde benda lain. Tehehee. Sorry lah.

Tapi, mak aku adil. Hari ni masak makanan kegemaran aku, esok adik adik aku punya pulak. Aku tak kesah. Asal ade makanan, aku makan je. dan, of course lah gua tolong mak gua kan. Even bukan tolong dari segi memasak, aku tolong dari segi empat iaitu memotong segala benda masakan yang perlu dipotong, basuh pinggan mangkuk, terap pinggan mangkuk, basuh baju, sidai baju. Semua ni aku buat supaya kerja masak memasak mak aku tak diganggu dengan tugas lain.

Adik adik aku pun tolong sama. Supaya mak aku boleh fokus dengan masakan beliau dan dapat menghasilkan hasil masakan yang superb tak ingat dunia punya kalau kami sekeluarga makan. Tapi, tipulah kami rajin sangat macam ni kan. Kadang kadang aku dengan adik adik aku malas nak buat kerja kerja tu jugak. Mak marah baru kitorang buat.

Mak pulak tak pernah miss kerja kerja kat rumah tu, tak pernah miss bagi kitorang makan sampai masing masing kalau balik daripada hostel cuti panjang konpem gemuk naik mendadak. dulu time hari mak, aku tak bagi pape pun. Rasa bersalah lah pulak. Aku wish je. tapi, tu la. Hari ni mood sayangilah mak anda walau di mana pun anda berada. okay, bukan mood untuk hari ni je. setiap hari, setiap saat, setiap masa.