Sepanjang 21 hari puasa ni, ada la dalam 2 hari aku tak bangun sahur. 1st time tu, bangun je tengok jam dah 6.30pagi. terus kelam kabut mandi nak siap siap pergi kelas. Heh. 2nd time pulak pagi tadi bangun bangun je, tengok tingkap, langit dah cerah. Ahh sudah. Memang gua frust menonggeng weh. Terus ambik air sembahyang, sembahyang subuh.
Ni semua gara gara tidur mati tahap kalau kau letak bom kat sebelah pun aku tak sedar. Aku dah set alarm henfon dah. Tapi, dengar bunyi, terus matikan sebab... sebab aku pun taktau kenapa. Sebab bunyi tu mengganggu tidur aku. maka selepas matikan alarm, tidur aku pun disambungkan semula. Ceh. Lepas tu tak bangun sahur, rasa menyesal tak sudah. Lepas tu konon konon nak sedap kan hati jiwa semua lalu pujuk diri sendiri.
"takpe. Semalam kan kau dah makan dengan banyak kan. Lemak semalam tak hilang lagi. So, boleh lah simpan untuk hari ni. Nasib baik kau makan semalam. Bagus jugak. Lagipun, kau kan nak kurus. Kan? Kan?" hati aku terpujuk lah jugak dengan kata kata pujukan tu. memang tak boleh buat ape lah kan. Nak tak nak, kene puasa jugak. bukan boleh ahh-aku-tak-kira-nak-makan-jugak-takmau-puasa. Gila dah besar gebang ni nak buka puasa suka suka hati. Tak urban lah macam ni. Buat malu je oii.
p/s: oh ye. suzila! aku ada nama tau. and totot is soooooo not cool ok. tu nak panggil kucing blok E boleh la ;)