dulu kan ramai orang cakap kat aku, 'eehh kuatnye makan! patutlah badan debab!' peh! aku punya sentap, macam time tu tengah makan ke ape kan, macam nak sumbat sumbat je kat mulut die bagi diam. malu boleh tak? dengan saiz volume suara yang macam mintak lempang. takde hati perut otak perasaan langsung. abes orang sekeliling tibe tibe lepas dengar lepas tu dok sedap usha aku makan. dah lah aku jenis makan bersemangat lain macam. betul, aku tak perasan pun aku jenis makan macam semangat mentera semerah padi sampai lah da besar gebang umur 18 ni. member member aku tegur sambil perhati sambil gelakgelak kan aku. cess! nak buat macam mana. dah aku punye gaya. aku dah try da slow kan cara makan tapi last last aku jadi orang paling lembab abes makan di meja makan.
dulu memang aku sensitip gila kalau orang cakap cakap debab lah ape. kalau setakat cakap aku pendek, tak kesah mana sangat. muka aku senyum je tak menjawab padahal dalam hati dah membara bara sabar je. pernah dulu, time form 2. before rehat tu ade kelas agama. aku tak dengar ustazah cakap ape pasal aku sibuk dok main ape entah dengan member sebelah. bila dengar je ustazah cakap, 'ok kelas sampai sini je pelajaran kita. dah nak waktu rehat ni'
aku terus bangun tegak berdiri macam nak keluar dah. 'amboiii safia. cepat je bila time makan ye. patut lah debab' mak aih. dah satu kelas dok bantai gelak. maluu gila. time tu la. time tu. sekarang macam sentap jugak la tapi ahh kejap je sentap die. aku makan je ikot suka.
sheila suka usik aku tau. menci! tau menci! die kalau time aku sedap tengah ketawa buat lawak ke ape, kalau time die nak sakitkan hati aku nak suruh aku diam, mesti die cakap. 'pia, kurangkan sikit makan eh' sambil tengok aku atas bawah. terus aku diam. time time tu jugak aku rasa nak baling je budak ni ke sungai temenggong.
lepas tu, ni untuk info orang orang pendek. tadi reader's digest tulis, shortness heightens heart risk: short people will have a higher risk of heart diseases. hambik kau aku copy penuh tajuk. aku tak macam tertarik pulak kan nak baca sampai habis.perempuan ketinggian 153cm ke bawah ada risiko dengan lelaki 16o cm something la. aku tak ingat ah lelaki punya. sebab aku perempuan, so aku lebih tertarik dengan ketinggian perempuan. naik takut jugak kan, kalau tak jaga makan, tak exercise, memang insya-Allah lah aku ade risiko penyakit tu. haih
kena makan makanan seimbang ni. em kene exercise jogging petang petang ke pagi pagi jugak macam ni. kene makan buah lah macam ni. minum air mineral dengan selalu jangan minum minuman berkarbonat. boleh jimat duit jugak. EM APE LAGI? ha, kurangkan menghadap komputer jugak. kurang tidur. kurangkan membuang masa. kurangkan duduk senang lenang. kurang makan. kurangkan bercakap benda tak berfaedah. kurangkan bukak blog time kelas. HEH! MEMANG MIMPI KAU NAK KURANGKAN BENDA BENDA DI ATAS! tapi tak mustahil.
terasa macam satu keajaiban kalau aku kurangkan semua di atas. macam nak sujud syukur je gitu. macam terus nak tepon farid kamil cakap 'hai awak saya dah berubah tau. hikhik' walaupun aku tau die akan tetap terima aku walau macam mana kurang tinggi dan kurang kurus nya aku.
haaaaaa
